Khamis, 29 Disember 2011

mesin terapi


Rm 11,000 dan jaminan 5 tahun
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku telah diberitahu tentang sejenis mesin yang mengunakan letrik untuk mengubat penyakit.Dikatakan mesin itu mampu merawat macam2 jenis penyakit yang kronik seperti strok darah tinggi dan kencing manis.Aku pernah pergi membawa kedua orang tua aku untuk menerima rawatan yang macam ini,mesin yang digunakan dari alpha one. Bagi aku mesin2 ni hanya lah untuk perniagaan sahaja dan tak lebih dari itu.
 Mungkin ada wayar2 kecil didalam nya

Olih kerana sangat menyusah untuk membawa kedua orang tua aku ketempat terapi hari2,Aku telah berpakat dengan adik beradik aku untuk membeli mesin ini yang dikatakan berharga belasan ribu ringgit.Setelah diselidik dan  disepakati maka beli lah aku mesin terapi Dr jism dari keluaran al jabbar,dengan harga rm11 ribu,punya lah mahal barang ni,Heran aku macam mana mesin ni bolih mengubat penyakit,tp kalau tak cuba maka tak tau lah kita.Masa mula mencuba aku bawa orang tua aku ke alpha one,tapi bila beli mesin ni aku dah pun beli yang berjenama Dr jism,Walau macam mana pun aku tak kisah benda2 macam ni sebab bagi aku mana2 jenama kereta pun sama sahaja yang berbezanya lambat atau cepat sampai kedistinasi,begitu jugak dengan mesin ni,sama je,yang tak sama harganya tapi mempunyai fungsi yang sama iaitu  untuk mengubat penyakit.
Api merah terbit dari test pen bila disentuh kekulit yang mengunakan mesin terapi ni..

Bolih kah kita percaya benda ni,belum apa2 lagi aku dapati terlau banyak aliran letrik yang mengalir melalui tubuh kita berdasarkan ujian yang mengunakan test pen.Merah menyala bila disentuh kebadan kita dengan pen tersebut,macam tak percaya arus letrik yang banyak macam tu,Gerun aku nak mencubanya.

Banyak juga kesan2 yang aku dengar dari rawatan macam ni,ada yang sedap tidur,ada yang sakit,batuk2,sakit tempat yang tak pernah sakit,pening kepala dan sebagainya.Ada yang teruk sehingga tak bolih bangun langsung,Tapi semua itu untuk jangka masa yang singkat sahaja,setelah menjalankan rawatan selama 1bulan baru lah kesan nya dapat dirasai.

Bagi aku memang langsung tak percaya dengan benda2 ni semua,Ada kah mungkin dengan memasukan arus letrik kedalam tubuh  penyakit bolih sembuh,Diwar2kan bahawa ramai yang sembuh dengan mengunakan rawatan ni,siapa?orang mana?bila?,Banyak sangat keliru aku tentang mesin ni,tapi biar lah,untuk memenuhi kehendak orang tua aku beli juga walau pun tak yakin.
Tepat setahun aku beli mesin terapi ni dia dah jadi barang buruk,Dah tak digunakan lagi kerana kesan kapada pesakit amat menyayat hati,Orang tua aku dah tak boleh bangun,Aku tak tahu samada pengunaan mesin ni atau pun sebab lain tapi bagi aku mungkin sebab mesin ini kerana mesin ini telah digunakan dengan cara kerap iaitu ikut peraturan yang diberikan,Aku malas lah nak memburuk2kan mesin ni takut pulak syarikat mesin ni saman aku kat mahkama,mana lah tau,Bagi aku mesin ni gagal 100% untuk mengubat penyakit seperti yang di war2kan.Bagi yang baca blog aku ni dan ada hasrat untuk membeli nya hendak lah fikir beribu2 kali kalau ada hasrat untuk beli barang yang tah hapa2 ni,huhuhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan