Jumaat, 30 Disember 2011

Pantai teluk lipat

Kawasan ini kurang musnah.

Aku sengaja kepantai teluk lipat, Dungun untuk melihat sendiri kemusnahan yang terjadi akibat dari fenomena ombak besar yang melanda pantai timur semenanjung malaysia dan  beberapa tempat disabah.Dikatakan kebanyakan pantai diterengganu dan kelantan telah mengalami  kemusnahan yang teruk akibat dari fenomena ini.Salah satu pantai yang teruk dilanda bencana ini ialah pantai tok jembal yang berhampiran lapangan terbang sultan Mahmud dikuala terengganu.Kejadian ini adalah yang paling buruk sejak 50 tahun yang lalu...

Aku kesitu hanya lah untuk melihat ombak besar yang dikatakan sangat besar,rupa2nya aku telah diberitahu olih orang2 dipantai itu bahawa ombak2 yang terjadi hanya lah pada waktu malam sahaja iaitu pada pukul sepuluh malam dan keatas.Dan yang aku lihat adalah kemusnahan pantai yang sangat teruk tak seperti aku kunjungi pantai ini beberapa minggu yang lalu.

Pasir pantai memenuhi jalan raya dan memasuki kedai2 perniagaan.

Pantai teluk lipat merupakan kawasan rekreaksi bagi bandar dungun,Saban pagi dan petang serta malam memang tak lekang menerima kunjungan orang ramai sama ada dari dekat atau jauh.Panjang  pantai ini disekitar 3km,Dimasa2 yang tertentu akan diadakan petandingan memancing olih beberapa penganjur.Selain tempat rekreasi pantai teluk lipat merupakan kawasan penempatan penduduk dan juga tempat tempat perniagaan makanan dan kedai2 runcit.Dengan terjadinya bencana ini telah mengakibat kan kerugian yang bukan sedikit kapada perniaga.Dimasa ini pantai teluk lipat sedang giat  dibaiki dengan membina benteng penghalang ombak serta membersih kawasan yang dipenuhi dengan sampah sarap...

Kemusnahan yang terlalu ketara yang mungkin memerlukan belanja yang sangat besar untuk memulihkan nya.

Khamis, 29 Disember 2011

mesin terapi


Rm 11,000 dan jaminan 5 tahun
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku telah diberitahu tentang sejenis mesin yang mengunakan letrik untuk mengubat penyakit.Dikatakan mesin itu mampu merawat macam2 jenis penyakit yang kronik seperti strok darah tinggi dan kencing manis.Aku pernah pergi membawa kedua orang tua aku untuk menerima rawatan yang macam ini,mesin yang digunakan dari alpha one. Bagi aku mesin2 ni hanya lah untuk perniagaan sahaja dan tak lebih dari itu.
 Mungkin ada wayar2 kecil didalam nya

Olih kerana sangat menyusah untuk membawa kedua orang tua aku ketempat terapi hari2,Aku telah berpakat dengan adik beradik aku untuk membeli mesin ini yang dikatakan berharga belasan ribu ringgit.Setelah diselidik dan  disepakati maka beli lah aku mesin terapi Dr jism dari keluaran al jabbar,dengan harga rm11 ribu,punya lah mahal barang ni,Heran aku macam mana mesin ni bolih mengubat penyakit,tp kalau tak cuba maka tak tau lah kita.Masa mula mencuba aku bawa orang tua aku ke alpha one,tapi bila beli mesin ni aku dah pun beli yang berjenama Dr jism,Walau macam mana pun aku tak kisah benda2 macam ni sebab bagi aku mana2 jenama kereta pun sama sahaja yang berbezanya lambat atau cepat sampai kedistinasi,begitu jugak dengan mesin ni,sama je,yang tak sama harganya tapi mempunyai fungsi yang sama iaitu  untuk mengubat penyakit.
Api merah terbit dari test pen bila disentuh kekulit yang mengunakan mesin terapi ni..

Bolih kah kita percaya benda ni,belum apa2 lagi aku dapati terlau banyak aliran letrik yang mengalir melalui tubuh kita berdasarkan ujian yang mengunakan test pen.Merah menyala bila disentuh kebadan kita dengan pen tersebut,macam tak percaya arus letrik yang banyak macam tu,Gerun aku nak mencubanya.

Banyak juga kesan2 yang aku dengar dari rawatan macam ni,ada yang sedap tidur,ada yang sakit,batuk2,sakit tempat yang tak pernah sakit,pening kepala dan sebagainya.Ada yang teruk sehingga tak bolih bangun langsung,Tapi semua itu untuk jangka masa yang singkat sahaja,setelah menjalankan rawatan selama 1bulan baru lah kesan nya dapat dirasai.

Bagi aku memang langsung tak percaya dengan benda2 ni semua,Ada kah mungkin dengan memasukan arus letrik kedalam tubuh  penyakit bolih sembuh,Diwar2kan bahawa ramai yang sembuh dengan mengunakan rawatan ni,siapa?orang mana?bila?,Banyak sangat keliru aku tentang mesin ni,tapi biar lah,untuk memenuhi kehendak orang tua aku beli juga walau pun tak yakin.
Tepat setahun aku beli mesin terapi ni dia dah jadi barang buruk,Dah tak digunakan lagi kerana kesan kapada pesakit amat menyayat hati,Orang tua aku dah tak boleh bangun,Aku tak tahu samada pengunaan mesin ni atau pun sebab lain tapi bagi aku mungkin sebab mesin ini kerana mesin ini telah digunakan dengan cara kerap iaitu ikut peraturan yang diberikan,Aku malas lah nak memburuk2kan mesin ni takut pulak syarikat mesin ni saman aku kat mahkama,mana lah tau,Bagi aku mesin ni gagal 100% untuk mengubat penyakit seperti yang di war2kan.Bagi yang baca blog aku ni dan ada hasrat untuk membeli nya hendak lah fikir beribu2 kali kalau ada hasrat untuk beli barang yang tah hapa2 ni,huhuhu...

Pasir Raja..

Pasir raja ialah nama sebuah kampung yang paling hulu sekali didungun terengganu,Terletak dibahagian paling hulu ditepi sungai dungun,Kampung nya cukup indah dan permai,Kampung pasir raja sangat menepati sebagai sebuah kampung tradisional.Aku dapati kampung ini cukup sunyi jauh dari hiruk pikuk dan bunyi kederaan.Bila dikampung ini aku rasa masa telah berundur kebelakang  selama 20 tahun.Aku rasa kapada mereka2 yang betul2 hendak merasa suasana benar2 kampung,kampung pasir raja lah tempatnya.Kampung nya masih lagi dikelilingi dgn hutan rimba dan aku rasa sangat menakutkan bila waktu malam....
Sebelum jalan tar dibuat, hubungan utama kekampung pasir raja ialah jalan sungai,Diwaktu iitu bot2 sangat memain kan peranan yang penting untuk membawa hasil2 kampung kebandar dan membawa penduduk sendiri kebandar.Pekan atau bandar yang menjadi tempat persinggahan penduduk pasir raja  bila ke bandar ialah pekan kuala jengal,pekan jerangau sungai dan terus kekuala dungun.Masa yang diambil untuk kebandar dungun ialah dua hari pergi dan balik....

Itu cerita 20tahun yang lalu,sekarang ni kampung pasir raja telah pun dihubungi dengan jalan tar yang selesa,dah pun mempunyai kemudahan letrik dan air,Kemudahan asas yang lain ialah rumah tumpangan,balai polis.klinik,masjid dewan orang ramai, tadika,sekolah(murid2 dikampung ni akan belajar sehingga tahun 3,selepas itu murid2 akan bersekolah di pekan kuala jengai sehingga tahun 6 dan sekolah menengah,disitu dilengkapi dengan asrama dan sebagainya,kuala jengai terletak lebih kurang 30km dari kampung pasir raja.) dan balai ketibaan.Balai ni dibina ditepi sungai dungun,sangat selesa kapada pengunjung.
Kemudahan asas yang disediakan.Balai ni dibina ditepi sungai dungun.
Kampung pasir raja terletak 130km dari bandar kuala terengganu,80km dari kuala berang,38km dari bandar Almuktafi Billah Syah dan  90km dari bandar dungun,Untuk merasai atau datang kekampung pasir raja mesti melalui bandar Almuktafi Billah Syah melalui jerangau jabor atau pun lebuh raya pantai timur.

Mungkin sangat payah untuk kita menemui kampung macam ini lagi diterengganu,mempunyai kawasan pendalaman  dan tidak ada hiruk pikuk,kadaan sangat sunyi,Kampung seangkatan dengan kampung pasir raja ialah kampung syukur,terletak 2km kehilir dari kampung pasir raja.Kapada yang telah biasa dibandar mesti mencuba suasana kampung yang benar2 kampung,Dapat beramah tamah dengan penduduk nya dan merasa gerak nadinya,sekian
Balai p0lis
Homestay

Sabtu, 17 Disember 2011

TANDA-TANDA HAMPIRNYA KIAMAT.

Terlalu banyak tanda2 bahawa hari kiamat dah tersangat hampir,sama ada telah berlangsung,sedang berlangsung atau pun akan berlangsung.Tapi kebanyakan tanda hampir kiamat sudah banyak yang berlangsung,cuma tanda2 besar yang paling besar tak lagi terjadi.

Salah satu tanda2 hampir kiamat itu ialah lahir nya ramai anak2 luar nikah yang bemaksud ialah terjadinya perzinaan yang berleluasa,Hidup manusia sudah tak ada beza dengan haiwan,malah perangai manusia lebih teruk dari haiwan,Perzinaan biasa memang banyak sangat yang terjadi dan umum sudah tak kisah lagi dengan hal2 yang semacam ini,Orang sudah tak menghiraukan lagi segala kemungkaran seperti itu berlaku didepan mata,sama ada dari orang perseorangan kumpulan atau pun kerajaan,Pihak kerajaan sendiri seolah2olah mengalakan hal ini terjadi dengan membiar dan tak mengambil tindakan yang sepatutnya.Telah diceritakan dan telah diberitahu dengan pembacaan dimajalah2 pelakuan sumbang banyak yang terjadi seperti bertukar2 isteri sudah pun menjadi perkara yang tersangat biasa.Manusia sudah pun hilang maruah nya. Dan terlaksana sudah tanda2 hampir nya kiamat

Perzinaan biasa sudah pun menjadi sangat biasa dan sekarang sudah pun terjadi perzinaan yang memasuki pasa yang luar biasa.Adakah kita bolih menerima atau pernah memikirkan perzinaan yang berlaku antara ibu dan anak dan itulah yang telah pun terjadi,Kalau terjadi perkosaan anak terhadap ibu mungkin otak kita bolih menerimanya lagi sebab kejahatan yang teramat sangat dipihak anak.Anak yang teramat jahat yang tak bolih langsung diberi nilai walau pun hanya sebesar zarah.Tapi yang langsung tak bolih diterima adalah perzinaan yang terjadi membabitkan atas kehendak ibu nya sendiri,

Adakah kita bolih menerima ayat yang macam ni,"Bukan dengan orang lain aku berzina,dengan anak aku juga,apa nak malu,"Cih!!!Percakapan yang langsung tiada nilai sebagai seorang manusia....

Dan peristiwa yang terjadi itu adalah kemuncak segala kejahatan diatas muka bumi,Rasanya pembunuhan seramai 100 orang itu adalah amat kecil kalau nak dibanding kan dengan apa yang dilakukan olih mereka2 ini,Dengan hal yang macam ini maka tunggu lah saatnya segala bala bencana yang akan terjadi disebabkan perangai manusia yang tak menghirau atau mengambil sesuatu dari peristiwa2 dashyat tersebut.........(dosa yang tak akan diampun olih ALLAH adalah syirik terhadapnya).
Wallahuaklam....

Ahad, 11 Disember 2011

ubi

 (Ubi kayu rebus)

Dimusim hujan ni tiba2 terasa pula nak makan ubi kayu.Menjadi satu pertanyaan mengapakah tiba je musim hujan, cara  dan selera makan akan menjadi berubah(orang miskin dan sederhana saja yang macam tu,orang kaya tak pandang pun benda2 macam ni,dan ianya tertakluk kapada penduduk sebelah pantai timur sahaja, orang pantai barat hidup nya cukup stardard dan dikatakan makan ubi kayu sebagai langkah mundur kebelakang) Pergi lah kemana sahaja diterengganu, kita akan dapati penjual ubi kayu dan macam2 jenis ubi akan tumbuh dimerata tempat.Kadang2 terfikir juga dimana kah penjual2 ubi ni menanam ubi sedangkan sepanjang yang dilihat tak ada sebatang pokok ubi kelihatan. Mungkin lah jugak mereka menanam nya dikawasan yang terpencil dan kawasan yang berbukit yang tak tercapai olih kita kalau sekadar berjalan ditepi2 lebuh raya dan kampung2 sahaja.
Bagi aku banyak sangat kenangan yang melibatkan ubi2 ni.Dimasa kecil ku ubi memainkan peranan yang sangat besar dalam proses pembesaran aku,Ianya menjadi makanan rutin selain dari nasi.Rata2 kebanyakan penduduk dimasa itu adalah yang terdiri dari keluarga yang miskin,Mungkin ekonomi dimasa itu tak mengizinkan penduduk nya mempunyai kekayaan.
(ubi seteler rebus)
Dimasa itu aku terasa sangat sebak didada bila menjamah ubi2 ni,Bayangkan bila nak kesekolah aku terpaksa makan ubi kayu yang dicicah dengan nyiur yang dikukur.Dimasa itu bila kita kesekolah cikgu mesti tanya  apakah  yang dimakan pagi2 dan rata2 murid2 dimasa itu akan menjawab makan ubi kayu,makan lempeng atau pun makan nasi sejuk sahaja,begitu lah malang nya nasib penduduk/orang diketika itu.Aku masih ingat pada tahun2 dimasa itu makanan yang paling mewah ialah mee segera,menjadi sangat pelik bila kita mampu membeli nya dan budak2 diketika itu menjadi sangat bangga bila memakannya...
(
(Ubi seteler-orang terengganu panggil macam tu,bahasa standard nya ialah ubi keledek)
Semua cerita aku kat atas tu dah jadi kenangan yang amat indah,terasa juga sebak didada bila mengingatinya,Bayangkan dipagi2 hari sebelum kesekolah kita dah pun cabut ubi kayu untuk dimasak dan untuk dibuat bekal kesekolah.(ubi ditanam ditepi2 rumah je.Pokok bunga orang tak tanam lagi,pasu bunga pun dikira barangan yang mewah,yang nak menunjuk2 je yang beli pasu bunga ni)Tapi pada masa ini hal2 tersebut sudah tak jadi masalah, makan ubi dah jadi sesuatu yang dibangga,dah tak ada sebak didada,Kadang2 pergi membelinya pun dah terasa bangga dan langsung tak ada rasa rendah  diri,Kadang2 terfikir jugak aku benda yang kita makan,makanan yang ni hebat,makanan yang ni pulak koman,padahal apa yang kita makan akan dikeluarkan dalam bentuk yang sama,bau yang sama dan warna yang sama,walau pun kita  mempunyai pangkat yang paling besar dan mempunyai rupa paras yang paling cantik diatas muka bumi ni.
 Ubi Jawa,(Mungkin asalnya dari jawa)

Setelah dewasa baru lah kita ketahui bahawa ubi kayu dan ubi2 lain banyak sangat khasiat nya,Ubi kayu juga merupakan bahan utama utuk membuat serbuk perasa.Kalau kita nak fikir dengan mudah semua benda atas muka bumi ada kelebihan dia yang tersendiri.Dikatakan ubi kayu mempunyai kandungan galiannya yang tersendiri dan dapat mengawal beberapa penyakit seperti kencing manis dan beberapa jenis penyakit yang lain.


(Ubi gadung )

Satu jenis ubi yang sangat menarik perhatian aku sejak dari kecil ialah ubi gadung.Gadung dikatakan sejenis ubi yang sangat beracun(Sejenis ubi yang sangat selamat ditanam dimana sahaja kerana babi pun tak sanggup untuk memakan nya sebab racun yang ada didalam kandungan ubi ni) dan untuk memakan nya, ada beberapa langkah yang patut dibuat untuk membuang racun nya,Aku mempunyai kemahiran untuk membuang racun yang bertakhta didalam ubi ni,Cara nya cukup mudah dan senang, hanya memerlukan sedikit pengetahuaan tentang cara2nya.

Walaupun macam2 tanggapan sesetengah orang tentang ubi,ianya merupakan makanan seluruh dunia,dari eropah sampai ketempat yang paling tak ada tamadun ia merupakan makanan kapada penduduk nya..Ubi juga dikatakan sejenis makanan yang paling awal dimakan olih manusia,Jadi tak ada istimewa kapada yang tak memakan nya dan tak jadi hina kapada yang memakannya......

PELBAGAI JENIS UBI:
UBI KELING
 UBI KELADI
UBI KELEDEK
UBI TOROK

Sabtu, 10 Disember 2011

hantu2 batu kapal..


 (Gambar ini aku rakam dekat dengan batu kapal,yang aku nampak pada gambar ni ialah seorang perempuan yang menutup aurat sambil galas bag dan memakai baju sejuk,Rilek je dia,mungkin dia ni datang dari negara sejuk,England agak nya).

Batu kapal yang telah aku kunjungi telah di war-warkan sebagai tempat yang ada penunggu,sama ada bolih dipercayai atau tidak terserah kapada yang ingin mempercayainya.Sama ada percayai benda2 yang seperti ini merupakan sebagai langkah undur kebelakang atau tidak juga terserah kapada mereka yang ingin hirau kapada nya.
 (Dia ni plk agak malu2 bila gambar nya diambil,Selamba je dia. Agaknya dia pun tau aku nak isi  gambar nya dalam facebook.Dia pun nak tumpang glumour jugak.Maklum lah dialam dia mana ada facebook dan berinternet,Kesian dia)...


Setelah aku membelek gambar yang aku ambik maka muncul lah gambar2 yang agak aneh pada pandangan aku,Payah juga aku nak mempercayainya sama ada gambar yang aku ambil merupakan kesilapan percahayaan yang tak sempurna atau memang dah nak jadi macam tu.Bagi aku yang sentiasa keras kepala akan mencari macam2 alasan  untuk menidakan apa yang terjadi.Walau macam mana sekali pun mempercayai benda2 ghaib merupakan salah satu rukun iman dan kita tak bolih menolak sedkit pun,Namun begitu kemunculan benda2 macam ni sehingga bolih dirakam memang bolih dipertikaikan dan ianya tak ada kena mengena dengan rukun iman,Bagi aku mana mungkin benda yang berjisim bolih dipotretkan atau pun gambar2nya bolih diambil.

(Pak cik tua ni plk sangat suka bila aku datang,tersengeh dia menyambut ketibaan aku,Lojik juga lah sebab aku tak rasa takut langsung pergi kat situ rupanya penunggu kat situ baik2 belaka dan nak glumour sangat2,hehehehe)...

Gambar yang aku ambik diatas merupakan gambar biasa dan aku fikir tak ada kena mengena langsung dengan jin atau pun syaitan,jauh sekali itu adalah gambar malaikat,Ianya hanya lah kebetulan sahaja dan dinampakkan seperti itu. Bodoh lah kita sebagai manusia kalau takut untuk pergi kesatu2 tempat, apabila tempat itu dikaitkan dengan penunggu,Tak patut langsung kita berfikir seperti itu dan tak patut langsung ada yang bersikap takut.

Jumaat, 9 Disember 2011

empangan kenyir...

 Ini je gambar yang aku berani siarkan, kerana aku fikir gambar2 ini tak bolih mengancam keselamatan negara.


Setelah dua tahun aku tak pergi keempangan hidroletrik sultan mahmud,kenyir. Beberapa hari ini aku terasa nak berkunjung ke situ,bila aku sampai, aku telah diberitahu bahawa empangan sultan mahmud tidak bolih dikunjungi lagi,Terkejut juga aku,tapi apa bolih buat undang2 mengatasi segalanya.Aku telah diberitahu olih polis yang menjaga laluan masuk., bahawa empangan sultan mahmud telah dua tahun ditutup kapada umum atas sebab2 keselamatan.Aku sangat bersetuju dengan tindakan tersebut tapi yang menjadi pertikaian aku ialah masih ada yang bolih memasukinya terutama nelayan tasik.(nelayan tasik bolih mengambil gambar dan bolih memberikan kapada sesiapa sahaja.Kalau pihak musuh perlu kapada gambar2 empangan kenyir tak menjadi kesukaran kapada mereka untuk mendapatkan nya,Ejen2 mereka bolih sampai kemana sahaja walaupun ketempat yang paling sulit,Mereka bolih menyusup masuk kedalam sistem negara dengan begitu senang.Kalau setakat empangan kenyir tak kan menjadi kudis kapada mereka) Pada pandangan aku perkara tersebut tak sepatutnya terjadi kerana alasan nya ialah keselamatan.Atas sebab2 itu lah sepatutnya pengurusan empangan mesti bertegas kapada sesiapa sahaja  kecuali kaki tangan empangan..Alasan yang diberikan olih pegawai yang bertugas dibimbangi pengunjung mengambil gambar dan mengisi kedalam facebook atau pun membuat blog,padahal gambar empangan kenyir tersebar luas diinternet sama ada di google map atau pun blog..Kata pegawai tu lagi, dengan gambar2 tersebut tersebar dan jatuh pula ketangan pihak musuh ianya bolih mengancam keselamatan negara,Perhhhh,macam baru sedar pihak TNB ni dengan perkara tersebut, padahal aku telah membaca didalam internet bahawa sistem pertahanan negara telah pun banyak yang bocor kalau setakat empangan kenyir ni gambar nya dah tersebar luas dimerata tempat.Aku sendiri masih menyimpan gambar2 tersebut tapi untuk menghormati keputusan pihak tersebut aku tak isi didalam blog aku ni. (dam kenyir telah dibuka pada tahun 1984,sejak itu pengunjung bebas keluar masuk keatas dam dan bolih mengambil gambar diseluruh teluk rantaunya,,Aku sendiri pernah sampai keturbin dam, ditingkat yang paling bawah,Sejak tahun 2009 Dam ini ditutup kapada umum setelah 24 tahun dibuka dan pengunjung bebas keluar masuk,Hairan kan cara orang2 tertentu berfikir)

Mungkin gambar ini bolih disiarkan..Aku sendiri tak pernah dengar amaran khas dari TNB bahawa gambar logo TNB tak bolih disiarkan atas sebab2 keselamatan,Tepuk lah perut,tahu lah kita apa yang bolih dimakan dan apa yang tak bolih dimakan.

Khamis, 1 Disember 2011

mesin terapi..

 Aku ke mesin terapi hari ni,tapi bukan lah aku yang sakit tapi membawa kedua orang tua aku untuk mencuba rawatan ini dalam siri pengubatan kedua2 mereka yang sangat panjang, Aku dah memang putus asa untuk meneruskan usaha kerana bagi aku setiap usaha kita kebanyakan nya tak akan berjaya, Itu adalah hakikat,Kita tenguk lah dimerata2 tempat memang itu yang terjadi Aku dah pun puas mengubat mereka kesana dan sini,Duit dah habis banyak,Kebanyakan cara berubat yang aku buat untuk keduanya tak membawa apa2 perubahan,Mungkin faktor usia menyebabkan pengubatan yang dijalankan tidak membawa hasil,tapi kita sebagai hamba kena lah berusaha dengan apa yang termampu

 Bagi aku mesin terapi ni hanya lah sebahagian daripada perniagaan,Kalau lah perniagaan bukan lah apa2 sangat,Mesin ini dikeluarkan hanya lah untuk mengaut keuntungan sahaja dan tak lebih dari itu.Walau macam mana pun untuk mencuba memang tak menjadi salah walaupun keyakinan memang tiada,Menjadi kebiasaan kapada penjual ubat akan memperomosi barangan mereka secara yang berlebihan walhal apa yang dipromosi tidak lah seperti apa yang dicakapkan.
Setelah difikir dan setelah dikaji aku rasa company ni ada sedikit tanggung jawab sosialnya dengan memberi rawatan percumanya,Mungkin juga dengan kerbekesanan cara rawatan ini sehingga mampu untuk diberi rawatan dengan percuma,dari situ lah perniagaan telah bermula sebaik2 sahaja rawatan memberi kesan kapada pesakit,Pesakit yang mempunyai kemampuan tentu akan membeli mesin ini untuk peribadi mereka.Macam mana sekali pun aku tak perlu sangat berperangsaka buruk keatas mana2 company seperti ini,Mungkin dengan kajian mereka menjadikan lojik untuk membina pealatan yang macam ini lagi pun ada hadith yang bermaksud tiada penyakit yang tiada ubatnya,jadi yang perlu kapada aku hanya lah berusaha sahaja dan tak bolih sangat memikirkan benda yang bukan2.sekian..
Mereka yang berjaya..