Khamis, 24 November 2011

banjir


 
Kampung aku dah pun mula banjir,Yang paling baik tentang banjir dikampung aku ialah penduduknya tak runsing apabila berlakunya banjir,Mereka seolah2nya menunggu ketibaan banjir,Kampung aku sangat dekat dengan sungai tapi tak jadi masalah sangat kerana limpahan banjir keatas jalan raya atau menengelamkan kampung  jarang terjadi,sebab itu lah banjir ini kadang2 dinanti olih penduduknya.
Banyak perkara yang bolih dilakukan masa banjir ni yang utama sekali ialah tak payah kerja, bolih rilek sepanjang bulan sambil makan ubi kayu(tak de duit nak beli beras,hahahahaha) dan lepak2 kat kedai.hehehehehe..memang!! kalau terjadi sahaja banjir seolah2 mendapat cuti,fikiran tak runsing nak fikir apa2(tak semua)Setakat sekarang banjir tidak lagi menjadi pesta kerana banjirnya belum cukup besar untuk sampai ketahap itu.Dibawah ini aku hadirkan gambar banjir dikampung aku dan sedikit kegiatan nya.


Sabtu, 19 November 2011

lubuk mati bertiga...

  (Ini lah lubuk mati bertiga yang telah cetek airnya,Dikatakan pusara mereka yang meninggal dunia akibat pergaduhan antara watak2 adalah ditengah2 sungai yang ada sekarang.pusara mereka telah terhakis akibat dari hakisan sungai sejak beratus tahun yang lalu)

 Lubuk mati bertiga sebuah lagenda percintaan  tempatan yang berlaku lebih 150thn dahulu berdekatan kampung Ipoh,Kuala Berang Terengganu yang mengisahkan percintaan antara khatib tua,khatib uda dan cendana dewi.versi kampung aku kata khatib umbang(tua).Kisah ini telah pun dijadikan drama tv pada tahun 80an(rasanya) yang dilakunkan olih ahmad tarmimi saregar dan noriah abdullah.Cerita nya lebih kurang macam ni:Boy friend cendana dewi ialah Khatib Muda tp Khatib Tua pun ada hati jugak kat cendana dewi,semasa boy friend cendana dewi pergi menuntut ilmu tah kenegeri mana(mungkin jgk ke universiti oxford,England hehehehe)Khatib tua dah buat pasal,dia pergi meminang cendana dewi,kerana khatib tua buat tipu helah yang mengatakan khatib muda dah meninggal dunia semasa menuntut di over sea.Sampai masa balik maka balik lah khatib muda kekampung nya(Ada yang kata kampung yang dimaksukan adalah kampung buluh kuala brang(kampung mat over ni)Ada setengah2 versi kampung yang dimaksukan ialah kampung Ipoh Kuala Brang.Dari segi lojik mereka2 ni tinggal dikampung ipoh berdasarkan dekatnya lubuk dan kampung dimana pergaduhan terjadi))Sampai kat kampung, khatib muda dapati girl friend dia dah bernikah dengan khatib tua,dia tentu lah jadi bengang,Jadi dia ajak khatib tua buat perhitungan,tempat perhitungan adalah lubuk yang dimaksudkan dalam cerita ini.Masa khatib muda dan khatib tua bergasak sama sendiri cendana dewi menjadi perisai apabila khatib tua nak tikam boy frined dia iaitu khatib muda,Maka mati lah cendana dewi ditikam olih suaminya sendiri,Masa khatib muda meratap kematian cendana dewi,khatib tua datang dari arah belakang dan menikam khatib muda yang pada sangka khatib muda,khatib tua dah pun mati sebab khatib muda dah pun tikam khatib tua semasa mereka bertarung tadi. Maka mati lah ketiga2 mereka dilubuk tersebut.(ketiga2nya dikuburkan dilubuk tempat perkelahian)...Begitu lah ceritanya serba sedikit...

Sebenarnya cerita kat atas tu sangat bersamaan  dengan cerita2 percintaan orang dulu2,Yang aku ternampak sangat orang melayu ni tak habis2 dengan benda yang remeh temeh,Sebab apa lah benda yang kecik nak perbesarkan sangat,Macam khatib muda tu klu dia dah dapati cendana dewi dah nikah dia sepatutnya pergi lah cari mak we lain,Awek kan ramai, kalau dimalaysia ni ramai artis2 yang lawa macam abby abadi,lisa surihani,rozita che wan,huhuhu,kalau kat luar negeri pulak lindsay lohan ada,britney spear ada,paris hilton ada,kalau payah2 sangat ambik je andele tu,dengar cerita dia pun tak kawin lagi,apa susah,hehehehe.Khatib tua jugak begitu mengapa lah dia buat macam tu sedangkan mereka bertiga adalah sepupu,sepatutnya dia pergi lah cari awek lain,ini tidak..Kalau payah2 sangat dia pergi je kat mersing,ambik je anak pak malau tu.hehehehe.......

SEBENARNYA CERITA KAT ATAS TU AKU SENGAJA OLAH MACAM TU.PADA TENGAH HARI TADI AKU KESITU UNTUK MENGAMBIL GAMBAR LUBUK MATI BERTIGA,MEMANG LUBUK TU LOKASI SEBENAR TEMPAT KEJADIAN.LUBUK TU MENJADI TEMPAT MEMANCING PENDUDUK DISEKITAR,TERMASUK JUGAK AKU,IKAN YANG TERDAPAT DISITU ADALAH KELAH,SEBARAU DAN BAUNG,TAPI SEKARANG IKAN NYA DAH TAK ADA,TEMPAT YANG PALING DALAM MUNGKIN PADA SEKITAR LIMA KAKI SAHAJA,DICERITAKAN PADA MASA KEJADIAN KEDALAMAN LUBUK TERSEBUT PADA 20 HINGGA 30 KAKI,SEKIAN...

Jumaat, 18 November 2011

dentuman..

Beberapa hari yang lalu pada pukul 10mlm sedang aku berfacebook, aku dikejutkan dengan dentuman yang sangat kuat,Bergegar cermin tingkap rumah aku,nak dikatakan bunyi bom meletup.kawasan kampung aku tak ada pulak orang berperang atau pun yang berparang,:).Nak dikatakan apa pun tak tau,Terpikir jugak aku mungkin dam kenyir nak runtuh,Tapi tak menesabah pulak sebab dam kenyir terletak sebelah barat kampung aku,sedangkan yang meletup sebelah selatan.Aku sibuk mesej dan talipon kawan2 aku sama ada dia orang dengar atau pun tidak dentuman itu,Rupa2nya semua orang dengar dentuman tu,tp tak seorang pun tahu puncanya.
 Tasik Galilee,Israel
.Terfikir jugak aku mungkin dajjal dah nak keluar,setelah difikir2 memang tak menesabah sebab dajjal dikatakan memdiami dalam sebuah gua dibawah tasik Galilee di Israil.(Ada setengah riwayat yang mengatakan Dajjal mendiami didalam sebuah gua dilaut yamman dan dikatakan kepulauan ini tak dapat dikesan olih peralatan yang canggih,Kepulauan ini menjadi misteri sehingga akhir zaman) Pada tahun lepas ada tiga gegaran yang terjadi,dua darinya dapat diketahui puncanya dan satu lagi menjadi misteri sehingga kini dan yang terjadi beberapa hari yang lepas memang tak diketahui puncanya.Jabatan yang berkenaan belum lagi mengeluarkan kenyataannya,Ada jugak kawan aku memberikan pendapatnya bahawa bunyi itu terjadi disebabkan jet supersonic melepaskan sonicnya dibawah atmosfera bumi dengan pelepasan tersebut maka terjadilah dentuman yang amat kuat,kebenaran nya, wallahualam.
.
Kalau dizaman2 dulu apabila bunyi letupan yang kuat macam tu,orang tua2 dimasa tu mendakwa akan terjadinya banjir besar,Itu zaman dulu2,zaman sekarang benda2 macam tu dah tak bolih nak pakai dah.Kalau berbunyi sekuat mana pun banjir tak jugak besar,tapi yang tak bunyi apa2 banjir pulak melanda dengan teruk sekali.Aku ada terbaca difacebook yang mengatakan pada tahun lepas ada terjadi dentuman yang sangat kuat dipahang dan disusuli dengan gempa bumi dikawasan bukit tinggi selama tiga minit,Menurut dari artikal tersebut gempa bumi dikawasan tersebut kerap benar terjadi,Yang aku nak maksudkan adakah dentuman yang aku dengar kat kampung aku ni sama juga dengan yang pernah terjadi kat pahang,kalau lah itu terjadi maknanya kampung aku pun dah ada gempa bumi,Takuuuut.
(Pada 24 ogos 2010 hujan darah terjadi di India setelah satu dentuman yang amat kuat kedengaran dibawah atmosfera bumi)
Yang menambahkan kehairanan aku sejak bila pulak dimalaysia ni ada gempa bumi,adakah dimalaysia sekarang dah pun menjadi zon gempa.Agak nya bumi kita dah tak mampu lagi menampung berat penduduk nya yang banyak melakukan maksiat atau pun aktiviti penduduk bumi sudah tak mesra alam sering melakukan benda2 yang tak sepatutnya.Walau macam mana pun aku harap apa yang aku dengar tu cuma guruh yang luar biasa kuat nya yang tidak membawa apa2 musibah kat kampung aku dan negeri aku.walahualam...


Selasa, 15 November 2011

sindrom basung


Kampung Basung terletak 40km dari kampung aku,30km dari bandar kuala berang dan lebih kurang 70km dari bandar raya kuala terengganu.Kampung basung merupakan laluan altenatif ke Gua Musang Kelantan dan merupakan kampung terdekat sekali dengan pengkalan gawi tasik kenyir.Yang paling terkenal bila disebut kampung Basung ia lah durian basung nya.Penduduk nya bolih dikatakan agak senang dan sederhana hidupnya....
Baru2 ini hulu terengganu dikejutkan dengan wabak penyakit yang melibatkan penduduk dari kampung basung Dihari pertama 12 orang pesakit dimasukan kehospital hulu terengganu dan salah seorang adalah kawan aku sendiri..Dikatakan dimasa itu penyakit yang disyaki adalah dari kencing tikus.Aku menerima masej dari kawan aku yang mengajak aku untuk solat hajat memohon pesakit selamat dan dilindungi Allah.Sekarang sudah dua buah kampung yang diserang virus ni iaitu kampung pasir dula,Pasir dula merupakan jiran kapada kampung basung dan sekarang diketahui lah bahawa semua mangsa dijangkiti hepatitis A...Sehingga sekarang sudah 32orang telah menjadi mangsa wabak ini,Aku fikir jumlah ini satu jumlah yang menakutkan..Setakat sekarang tak ada seorang pun yang meninggal dunia kerana diserang wabak ini.Mangsa mendakwa badan akan menjadi letih dan sakit dikebanyakan otot..

Aku telah diceritakan olih seorang yang sangat biasa dengan kawasan ini sejak tahun 50an dan 60an.Mereka mendakwa kawasan2 sekitar kampung basung,pasir dula,sungai gawi dan kawasan sekitarnya telah terjadi wabak ni sejak dulu lagi.Dimasa itu kalau ada mangsa yang demam2 dan datang kehospital,Mangsa akan ditanya pernah tak mangsa datang kesekitar kampung2 ini.Seolah2 kalau diketahui mangsa pernah datang kesekitar kampung2 ini doktor sudah pun maklum apa yang nak dibuat dan tak perlu untuk membuat rumusan lain lagi. Kata seorang kawan aku yang bukan doktor,dia mendakwa kampung2 ini ada sejenis haiwan yang berhabitat kat situ yang membawa wabak ni.Setakat mana kebenaran nya tak lah pulak aku ketahui sebab kawan aku ni bukan lah pelajar kat mana2 universiti jauh sekali produk oxford,hehehe.Walau macam mana sekali pun kawan aku yang ini pernah terkena penyakit ni semasa beliau kerja balak kat situ pada tahun 60an.Beliau mendakwa tanda2 yang beliau kena sangat serupa dengan mangsa2yang dijangkiti sekarang.

Apa yang perlu sekarang,penduduk disekitar kawasan itu hendaklah menjaga air yang digunakan sebab diktakan wabak ini datang nya melalui air,sekurang2nya air hendaklah dimasak dan mungkin menjaga kebersihan lain nya,sekian semuga yang sakit cepat sembuh...

Isnin, 7 November 2011

lenggang perut

Dimasa kecil,Aku tak tahu langsung hal melenggang perut,Aku pernah mendengarnya,Tapi tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan melenggang perut,Walau macam mana pun aku ketahui tentang melenggang perut ianya berkait rapat dengan orang mengandung dan waktu melenggang perut pada bulan ketujuh kandungan.

Pada sangkaan aku melenggang perut ialah orang pergi ramai2 kat majlis lenggang perut selepas itu perut orang mengandung akan dilengang beramai2,Agak lucah pada fikiran aku perbuatan itu,Lenggang yang aku maksudkan dengan apa yang aku fahami ialah perut  orang yang mengandung akan dipegang ramai2 selepas itu digoyang2,hehehehehe...Kalau macam itu lah punya kerja bolih terberanak orang yg mengandung tu.hahahahaha...................

Setelah masa berlalu ketahui lah aku tentang lenggang perut,Dari pembacaan dan cerita2 orang tua,Rupa2nya melenggang perut adalah adat resam orang tua dulu2,

Upacara melenggang perut diketuai olih bidan kampung yang dinamakan tok bidan,Tok bidan ini lah  yang akan menjadi bidan bila bersalin nanti,Dikatakan upacara ini diadakan sebab tok bidan hendak membetulkan kandungan supaya senang bila bersalin nanti,Pada fikiran aku upacara ini saja nak diadakan sebab dimasa lampau tok bidan tak ada kerja nak dilakukan dan satu lagi sebab tok bidan hendak menunjukan kehebatan dalam hal tersebut dan mungkin ada perlawanan antara tok bidan dengan bidan yang lain.Dimasa itu tok2 bidan kebanyakan nya mengunakan Ilmu hitam,Banyak aku tenguk penglibatan tok bidan dalam cerita2 melayu dilayar perak yang mengambarkan tok2 bidan sama macam nenek kebayan dan rupa pun seperti hantu,rambut mengerbang dan mata terbeliak,hahahahaha...

Peralatan untuk melenggang perut ada bermacam benda,yang aku ketahui ialah kelapa yang telah dikupas,Tujuan nya hendak diletak diatas perut orang yang mengandung untuk mengetahui sama ada yang dikandung anak perempuan atau pun lelaki,kalau jatuh kekiri anak perempuan dan kalau jatuh kekanan anak  lelaki,mungkin juga kalau jatuh ditengah2,anak yang dikandung adalah pondan,hehehehe..Peralatan lain dalam upacara lenggang perut ialah beras satu gantang,benang,minyak urut,kain,peralatan sireh dan pengeras.Tiap2 satu peralatan tersebut ada mempunyai fungsi masing2 yang akan dilakukan olih tok bidan.

Setelah masa berlalu upacara melenggang perut sudah pun tiada lagi.Dia telah pupus ditelan zaman,Lagi pun menurut hukum syara' upacara melenggang perut adalah khurafat dan tiada dalam ajaran Islam.(Aku masih ingat lagi  seorang mufti yang mengatakan,biar dia seorang yang melenggang perut isterinya,tak payah orang lain menyibuk,, setelah ditegur olih mak beliau tentang melenggang perut yang tidak dilakukan kapada isteri mufti tersebut.)
Walau pun upacara melenggang perut sudah pun tiada tapi upacara ini masih ada dalam bentuk yang lain dan malam ini aku telah dijemput olih salah seorang jiran-ku untuk mengadakan majlis tersebut,Semasa beliau menjemput aku  kemajlis dirumah nya, beliau mengatakan akan adakan majlis lengang perut isterinya..Aku menerima sahaja jemputan itu kerana akudah tau pengisian nya sangat jauh beza dari yang kita ketahui tentang lenggang perut,Pengisian nya ialah sembahyang hajat dan doa selamat,selepas doa selamat tetamu diberikan jamuan makan,tak ada kelapa tak ada kain hitam dan benang atau pun minyak urut dan perbuatan itu sebaiknya dilakukan yang tiada unsur2 khurafat dan sebagainya.

Dengan adanya perubatan moden sekarang, kita dah tak susah2 nak jemput tok2 bidan nak golek kelapa atas perut orang yang mengandung,sekarang ni kalau nak tahu tentang kandungan sese0rang, kita pergi scan je kehospital dan semua nya beres,kita dah tak menyusahkan diri nak golek kelapa atas perut orang yang mengandung.hehehehe    sekian....

Sabtu, 5 November 2011

berlemang dan rendang

 

Assalamulaikum,Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Seperti biasa hari raya ini tak membawa apa2 makna kapada yang tak megerti apa2 tentang hari raya ini,ada yang kata hari raya ini hanya menumpang sahaja dan tak membawa erti apa2 kapada kita yang tak pergi menunaikan haji,itu adalah pendapat umum kapada setengah orang.Maksud nya kita tak perlu sangat nak beraya atau menyambutnya.Apa yang umum ketahui hari raya adha disambut 4 hari dan hari raya puasa hanyalah sehari sahaja,itu menunjukan ada kelebihan hari raya adha dibandingkan dengan raya puasa,Tentu masing2 tahu akan fadilat yang tersirat dalam menyambut hari raya adha ini dan tentu kita semua mengetahui raya adha juga dinamakan hari raya korban dan kelebihan hari raya korban ni juga kita disunatkan untuk berkorban,korban berupa menyembelih lembu,kerbau atau pun kambing biri2 dan peristiwa korban ini adalah berhubung kait dengan peristiwa  nabi ALLAH Ibrahim dan anak nya Ismail.

Seperti biasa aku akan menyambut raya korban ni dengan cara yang sama seperti menyambut raya aidil fitri,Macam biasa aku  berlemang dan rendang dan macam biasa juga aku meredah hutan belukar untuk mencari buluhnya dan macam biasa juga aku menunggu adik beradik aku yang balik nak beraya dikampung,ada yang balik ada pulak yang tidak.Aku macam biasa tersengeh menunggu mereka sampai ke kampung untuk bercerita apa yang patut 

Lemang memang menjadi satu rutin tahunan untuk aku dan kelurga untuk membuatnya,bukan lah nak makan sangat tapi itu dah menjadi kebiasaan.Kalau tak membuat nya tentu rasa macam tak sempurna menyambut raya yang ini,Tradisi buat lemang memang sesuatu yang mesti,tapi tempat lain pula kemestian nya itu berlainan pula,ada yang membuat tapai,ada yang membuat ketupat dan sebagainya.(Berdasarkan kapada hadis,"Tiada amal anak adam yang lebih disukai allah pada hari aidil adha melainkan ibadat korban,sesunguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk,bulu dan kukunya,sesungguhnya ibadat korban ini di redhai ALLAH sebelum darah binatang itu jatuh kebumi maka hendak lah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan,riwayat at-tirmizi)...Semuga kita sama2 menyambut hari raya korban dengan apa yang disukai olih ALLAH, Sekian.....


Khamis, 3 November 2011

zoo mini kemaman




Hari ini aku masih ada kesempatan untuk makan angin,Distinasi aku kali ini ialah zoo kemaman,Zoo ini terletak lebih kurang 10km dari bandar cukai dan 150km dari bandaraya kuala terengganu,Untuk sampai kesini tidak lah payah kerana zoo ini terletak ditepi jalan besar antara seri bandi kemaman dan cukai kemaman,melalui ibok dan yak yah ketempat zoo ini di bina di bukit takal.Mini zoo ini telah dibuka dengan rasminya olih menteri besar terengganu pada tahun 2009.
Bayaran masuk ke zoo ini ialah sebanyak rm10 untuk dewasa rm5 untuk kanak2.Setelah masuk kedalam kawasan zoo, didapati kita berada didalam hutan yang betul2 semulajadi, Kawasan nya dijaga rapi olih pekerja yang ramai dan memang berbaloi dengan bayaran sebanyak Rm10..

Kita akan dibawa menaiki kederaan khas yang disediakan untuk para pengunjung yang datang dan dibawa kedistinasi yang diinginkan,walaupun kita hanya seorang. Sebenarnya kawasan zoo ini tak lah luas sangat,Aku agak perjalanan hanya lah sejauh 200meter sahaja,tapi kita akan dibawa pergi dan balik.
Zoo ini menempatkan beberapa jenis binatang seperti beberapa jenis burung,ikan air tawar gajah, harimau singa beruang serta kijang dan beberapa jenis binatang yang lain.Kedatangan aku ke zoo ini kerana tarikan kapada sejenis ikan air tawar yang diberi nama ikan naga,Aku terkejut juga tenguk ikan yang sebegini besar.Aku memang tak pernah tenguk ikan yang begitu besar walaupun dikatakan ikan yang berada di zoo ini tak lah besar sangat,Tapi dengan ukuran yang melebihi 6kaki ikan ini bolih lah dikatakan sebagai besar....


Walaupun tarikan utamanya adalah ikan naga tetapi haiwan yang lain tak bolih dipandang mudah kerana haiwan2 yang ada didalam zoo ini memang jarang dilihat didalam habitat asal mereka.Dari jenis haiwan yang ada dizoo ini  didapati haiwan2 yang dipelihara disini bukan lah jenis2 yang ada dimalaysia,Aku dapati tak ada haiwan2 biasa yang dipelihara seperti yang mudah didapati dihutan2 kita,
 Salah satu binatang yang patut ada ialah buaya,Aku dapati tak ada pun kelibat buaya dalam zoo mini ini.Sepatutnya pihak pegurusan memikirkan akan hal ini.

Disini aku paparkan beberapa haiwan2 tersebut....








Selasa, 1 November 2011

hutan lipur rantau abang.....

 Hari ini aku berkesempatan lagi untuk makan angin,Distinasi aku kali ini ialah hutan lipur jambu bongkok,dungun terengganu.Dulu hutan lipur ini dikenali sebagai hutan lipur Rantau Abang.Terletak lebi kurang 30km dari bandar dungun dan 65km dari bandar raya kuala terengganu.Tertera diluarnya adalh hutan lipur jambu bongkok tetapi papan tanda didalam hutan lipur sendiri masih lagi tertera hutan lipur rantau Abang.
 Hutan lipur jambu bongkok bukan lah seperti hutan lipur lain,Hutan lipur ini tak ada air terjun dan sungai yang indah,Yang ada ialah kawasan hutan berpaya yang aku sendiri tak biasa dengan keadaan yang macam ini..Pertama aku sampai aku takut juga dengan keadaan paya yang gelap macam tu.Seolah macam cerita fiksen sains,konon2nya ada dinasour didalamnya,Terfikir jugak seperti filem anakonda,Fontensi untuk benda yang aku katakan memang ada sebab payanya sangat dalam,setidak2nya ular sawa aku rasakan seperti ada.hehehehe..........

Kemudahan asas Hutan Lipur Jambu Bongkok seperti jugak Hutan Lipur yang lain mempunyai segalanya termasuk surau,Tapi agak pelik sedikit hutan Lipur yang ini seperti tidak terjaga,Penuh dengan sampah sarap.Lantai ketempat rehat yang disediakan sudah pun reput memang takut untuk melalui diatasnya,Tempat rehat yang disediakan agak berlainan dari hutan lipur yang lain,Ianya dibina bersambung2 didalam hutan berpaya ini Aku rasakan hutan lipur ni sudah tak dikunjungi lagi,sebab bila aku sampai kat situ aku dapati tak ada seorang pun pengunjung yang datang ditambah pula dengan kawasan yang tak terjaga,Sayang sekali kawasan yang begini menarik tidak dapat sambutan yang sepatutnya.Nampak nya hutan lipur ni hanya gah dipapan tanda tapi hampeh bila kita sampai ketempatnya.Aku harap pihak yang berwajib dapat membaik pulih kawasan ini.Dibawah ini aku turunkan beberapa gambar untuk dinilai apa yang aku katakan.....