Selasa, 4 Oktober 2011

UFO


Kadang pikiran aku selalu menerawang entah kemana,dunia khayal yang sangat menarik perhatian
aku ialah ufo Aku selalu mengikuti kebanyakan berita nya,Aku menjadi terpesona kerana nya.Payah untuk membuat tafsiran tentang fenomena ini.Ada setengah orang mengatakan bahawa hal  ini adalah karut semata2,tiada asas...Ada setengah orang bependapat cerita2 seperti ini mainan yahudi dan syaitan sahaja untuk menyesatkan kita umat islam untuk terpesong dan sebagainya.

Kes UFO ni sangat hangat dibincangkan sejak kemalangan roswell pada 1947 di New mexico,sebenarnya kes UFO lebih dulu daripada tu lagi tapi menjadi hangat kerana peristiwa Roswell.
MAKHLUK YANG DIKATAKAN TERBAKAR DALAM KEMALANGAN DI ROSWELL.

Sebenarnya aku banyak terpengaruh siri UFO HUNTER kat saluran astro dengan memaparkan cerita2 menarik tentang penemuan UFO oleh individu tertentu.Dalam kes UFO ni tentu ada yang pro dan kotra nya,Ramai orang yang mempercayainya dan ramai pulak yang langsung tak peduli.Kapada yang mempercayainya disediakan dengan banyak gambar sebagai bukti keujudan UFO,siap dengan outopsy makhluk asingnya sekali,kapada yang kotra tentulah semua gambar yang dihidangkan mereka dakwa sebagai palsu belaka.

 
 LADANG GANDUM DI UNITED KINGDOM YANG DIKATAKAN DIUKIR OLIH MAKHLUK ASING YANG MEMPUNYAI MESEJ TERTENTU..

 Aku memang ada cerita menarik tentang UFO ni,Tapi kawan aku yang jumpa,Walaupun begitu ianya seolah2 loyar buruk,tapi agak menesabah jugak.Dan ini lah loyar buruk aku tentang UFO dan cerita2 penemuan UFO aku..

Menurut kawan aku yang berkerja ditasik kenyir,dia pernah menjumpai makhluk ini yang sentiasa berulang alik antara dua buah gunung yang berdekatan dan pernah mengintainya,rupa makhluk ini memang sama seperti yang didakwa olih orang yang menjumpainya,rupa nya memang sama dengan kemalangan kat roswell,new mexico.Berkepala besar dan bermata besar dan dia rasakan dapat mendengar apa yang makhluk itu berinteraksi,cuma dia tak tau buah biji yang dicakap.
TASIK KENYIR
Sama ada cerita dari kawan aku ni benar ke tak, aku tak peduli sangat,tapi yang paling penting adalah rupa makhluk yang diceritakan tu adalah sangat serupa dengan yang kebanyakan orang menjumpainya .Kederaan yang digunakan makhluk tersebut adalah seolah2 cahaya yang bergerak sangat pantas.
Fantasi aku mengenai UFO.,
Seperti yang kita sangat2 tahu bahawa kemajuan yang kita perolihi sudah sekian lama, bersusur galur dari zaman khalifah lagi,dengan segala ilmu ditulis dimasa itu,sehingga lah kapada perang salib yang berlaku disekitar kurun 11 dan 13 masihi,menyebabkan semua buku2 yang ditulis olih sarjana islam dimasa itu telah dibakar dan dihanyutkan disungai tigris.Bermula dari situ lah segala ilmu2 yang hebat2 dikuasai olih barat, hasil kerja jahat mereka tehadap negara2 umat islam.

 Kemajuan teknologi yang kita perolihi pada sekitar 200 tahun yang lampau bermula dari membuat mentol lampu olih thomas alva edison dan menbuat kapal terbang olih wright brother serta segala macam teknologi lagi,sehingga lah kapada sekarang yang mempunyai segala yang canggih2 seperti komputer dan berinternet.Apa yang kita ketahui sejak bermulanya tahun masihi 2011 yang lampau kemajuan teknologi yang paling tinggi  pada sekitar tahun 1800 hingga sekarang dan kemuncaknya pada lima puluh tahun yang terakhir ini,
Pada tahun2 ini manusia telah membuat satu keputusan yang benar2 menarik tentang teknologi sehingga mereka mampu untuk menghantar angkasawan untuk mengelilingi bumi dengan dimulakan olih seorang angkasawan russia yang bernama yuri gagarin, dan kemuncaknya adalah menghantar manusia untuk menawan bulan pada tahun 1969, Setelah itu teknologi semakin berkembang dan berkembang sehingga manusia mampu menghantar mesin angkasa untuk ke planet2 sehinggakan kepluto.Dikatakan bahawa jumlah mesin2 ini dihantar keangkasa lepas,menjangkau ribuan buah banyaknya sehingga ada yang hilang dari kawalan.
Sebegitu majunya kita,kita mengambil masa hanyalah 200tahun sahaja untuk mencapai kemajuan yangb sebegitu dan aku memikirkan tahun2 yang sebelum nya ada beribu2 tahun,bermula dari NABI ADAM alaihisalam,Zaman2 maju yang kita hadapi yang ada didalam sejarah seperti tamadum mesopotamia,sumeria dan kerajaan yang hebat berdiri gagah dizaman firaun dan cerita2 seperti dizaman nabi lut alaihisalam.Dan kita tak kan lupa tentang benua yang bernama atlantis. Dikatakan penduduk atlantis sangat maju sehinggakan penduduknya menjadi tersangat sombong dengan kemajuan yang mereka perolehi dan diceritakan kesombongan mereka,mereka telah diberi bala oleh ALLAH dan benua mereka telah ditengelamkan..Cerita2 tersebut menunjukan kapada kita tentang kemajuan yang mereka perolehi dizaman itu,Dan dibanyak2 zaman yang kita ketahui ada tiga zaman yang telah digelapkan oleh ALLAH yang memang nya tidak diketahui langsung dan tidak diceritakan olih mana2 sejarah tentang kemajuan yang mereka capai.
PADA DINDING PIRAMID NI ADA GAMBAR HELIKOPTER..
Dan disinilah khayalan aku tentang UFO itu bermula,Dengan kemajuan yang mereka perolehi mungkin kah mereka telah membina teknologi yang tinggi taraf nya daripada kita dengan membina kapal angkasa dan sebagainya,Bayangkan dengan  hanya 200 tahun kita membina teknologi sehingga ke taraf yang kita perolehi sehingga kini,tidak mungkin kah mereka yang mempunyai masa yang beribu2 tahun tak dapat membina teknologi yang lebih canggih dari kita,Aku dapat merasakan bahawa dizaman mereka mempunyai cerdik pandai yang jauh lebih bijak dari yang kita ada dimasa sekarang.Pada pandangan aku mereka telah pun sampai dan meneroka keseluruh alam dan mungkin telah pun keluar dari galaksi bima sakti.Olih kerana jauh mereka pergi sehinggakan dapat membina penempatan di dunia yang jauh dari penempatan asal mereka yakni bumi.
KEDERAAN INI MAMPU MENCAPAI KELAJUAN HAMPIR 2000KMSJ.
 Dimasa sekarang kelajuan yang kita capai diatas muka bumi pada sekitar 1000 ke 2000kmsj,Ujian tersebut dibuat dipadang pasir nevada di-amerika syarikat dengan jentera dibina khusus untuk itu sahaja bukan untuk kegunaan umum.Pada umum nya kederaan darat hanya lah 400-500km sahaja,Pada kebiasaan kelajuan yang digunapakai kederaan darat pada sekitar 100-200km sahaja.
Kelajuan yang kita perolehi diangkasa lepas pula pada kadar puluhan ribu kilometer,kelajuan tersebut hanya lah boleh dibuat diluar orbit yakni dikawasan kosong.
 Dengan kelajuan tersebut memang tak kan sampai kemana2,sekadar berlegar2 disekitar bulan dan planet2 yang dekat  seperti marikh.Untuk pergi jauh daripada itu mengambil masa yang sangat lama,mungkin beratus2 tahun atau pun beribu2 tahun.Oleh itu kita memerlukan sesuatu kuasa yang boleh membawa manusia dengan cepat keseluruh alam maya.

Seperti yang kita semua ketahui kebanyakan kederaan yang dilihat sebagai makhluk asing semuanya bergerak pantas seperti kelajuan cahaya,Adakah mungkin makhluk2 ini telah mengunakan cahaya untuk bergerak dari satu tempat ketempat yang lain dan adakah manusia mampu menandingi kecepatan seperti itu,perlu di ingat kelajuan cahaya adalah dalam sekitar 297600km sesaat,tapi kalau nak dikira besarnya alam semesta dengan kelajuan tersebut adalah satu kelajuan yang amat lambat,bayangkan lah kalau kita hendak merentas galaksi kita sendiri iaitu bima sakti,kita memerlukan masa selama 100,000 tahun dan bayangkan lah kalau kelajuan yang akan kita gunakan untuk merentas nya hanya lah 1000kmsj mungkin masa yang kita ambil adalah bertrilion tahun.Angka kat atas tu macam mengarut,tapi itu lah yang sebenarnya.

 Berbalik kapada UFO,Setelah penduduk bumi dimasa yang lalu mencapai satu tahap yang begitu maju dengan membina macam2 kederaan laut darat dan udara.perantaraan seperti internet radio dan telivision adalah perkara biasa bagi mereka..Pasarana yang hebat2 merupakan benda yang terlalu mudah.Mereka maju yang semaju2nya sehiggakan dalam bidang petanian mereka mampu untuk mengenal buah yang nak gugur dan mereka sekadar pergi menadah sahaja buah gugur tersebut dengan kenderaan mereka..
MEMANG HUDUH  RUPA MAKHLUK NI..
Dalam bidang sains angkasa lepas mereka mampu membina mesin2 yang sangat maju dan canggih.Dengan kecanggihan teknologi itu lah mereka mampu menghantar angkasawan mereka sendiri ke angkasa lepas seperti kita dimasa ini, Dengan kecanggihan teknologi itu jugalah mereka mampu menghantar angkasawan mereka jauh kealam semesta tidak seperti kita sekarang hanya mampu hantar mesin2 disekitar cakarawala suria sahaja,Dalam pengembaraan tersebut, ada yang balik semula kebumi dan ada yang tak.Mereka2 yang gagal balik semula kebumi telah membina penempatan mereka diserata planet yang sesuai untuk didiami mereka. Dari situ rupa mereka telah berubah sedikit demi sedikit untuk mensesuaikan diri dengan keadaan udara dan persekitaran planet.Kalau lah manusia kini mampu menghantar angkasawan keluar dari sistem suria mungkin kita dapat menjumpai penempatan mereka diplanet yang jauh dari dari kita..

Olih kerana mereka juga makhluk ALLAH  tentu mereka ada kefahaman ugama mereka. Bagi aku memang lah mcm tu,Sebab sebelum mereka maju sampai ketahap ini mereka telah pun diseru supaya metaati ALLAH tapi kerana kesombongan mereka,mereka telah ingkar dengan semua seruan itu Dan kekal lah mereka dengan keingkaran serta menurut hawa nafsu mereka sahaja..

Dimasa yang sama penduduk bumi yang sentiasa ingkar dengan perintah ALLAH telah pun dilaknat  ALLAH dengan dilingkup bumi keatas tamadun mereka sehinggakan tak ada bekas,Yang tinggal hanya lah untuk dijadikan iktibar untuk penduduk yang akan datang.

Setelah beribu2 tahun berkelana dan berevolusi, makhluk yang ingkar ini terasa untuk pulang ketempat asal mereka yakni bumi.Dengan teknologi yang mereka ada tak jadi masalah untuk mereka  menjejaki bumi walau pun jauh tempat mereka diami itu beribu2 tahun cahaya.Dan makhluk itu lah yang kita namakan sebagai UFO.

Kadang2 tertanya juga kita sebab apakah UFO tak menunjukan muka mereka kapada kita,adakah mereka malu untuk menunjukan muka mereka yang hudoh itu,Aku fikir memang begitu,kerana mereka hanya lah manusia biasa sahaja, jadi sifat2 malu mereka itu sangat menebal walau pun mereka mempunyai teknologi yang amat tinggi.Sebab itu lah dalam banyak kejadian mereka menculik manusia untuk dibuat ujikaji tentang rupa manusia yang sangat cantik pada pandangan mereka.perlu juga kita ingat bahawa,sehudoh2 manusia dibumi lebih hudoh lagi mereka. Sebab itu lah UFO ni enggan menunjukan mukanya bila mendarat dibumi.Gambar yang kita lihat adalah seakan2 sahaja rupanya, bukan gambar yang sebenar.(Aku ada terbaca dalam sebuah buku yang mengatakan  UFO ini adalah sekutu dajjal laknatullah dan mereka telah pun membina pengkalan mereka dibanyak tempat dibumi seperti bermuda tringle,gurun sahara,laut jepun dan diartik.setakat mana kebenaran nya hanya ALLAH sahaja yang tau)Olih kerana pederhakaan mereka terhadap perentah ALLAH mereka seperti disumpah supaya rupanya tak dapat dibaiki supaya cantik seperti manusia dibumi dengan itu kekallah rupa mereka sehingga ke hari kiamat.
UFO SANGAT CENBURU TENGUK PEMANDANGAN YANG INDAH MACAM NI,TEMPAT MEREKA MEMANG TAK ADA..hehehe..

Ada seorang kawan aku berpendapat kedatangan mereka kebumi hanya lah nak bagi tahu kapada manusia supaya metaati perentah ALLAH jangan jadi sombong macam mereka,Kalau sombong sangat pun tak kemana juga,last2 kapada ALLAH juga kita akan kembali,hehehehehehehehehe...Begitu lah pendapat aku tentang UFO ni,ia merupakan pandangan aku yang amat loyar buruk yang tak ada dalam mana2 buku sama ada yang dicetak kat malaysia atau pun luar negara kalau luar dari orbit bumi memang lagi lah tak ada,hahahahahahahahahahahahaha.....(SEMUA GAMBAR DIMUAT TURUN DARI GOOGLE)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan