Rabu, 26 Oktober 2011

hehehe..

Aku terasa benar nak menunjuk2 bab ni,Entah mengapa perkara yang aku tak suka adalah mengemas bilik aku sendiri,Aku terasa senang dengan keadaan yang begitu,Aku rasa memang tak perlu langsung aku buat macam tu,Kalau aku nak apa2 aku capai je,kalau nak kertas ambik je,begitu jugak kalau nak pen atau pun nak minum air.Begitu jugak lah kalau aku nak tidur,aku terus je tidur kat situ,Rilek dan senang..Benda yang paling aku lemas adalah kalau terlalu kecik dan terlalu kemas seolah2 tak ada tempat untuk berbaring dan pijak.

Aku pernah tenguk cerita hindustan tentang kebersihan dalam berumah tangga,aku amat pelik dengan jalan cerita yang macam tu memang langsung tak lojik kalau ada didunia nyata kebersihan dititik berat sehinggakan nak duduk dalam rumah sendiri pun tiada tempat kerana takut tercemar,kalau macam ni memang memboringkan.Aku pernah mengikuti sebuah dokomentri tentang kerbersihan yang prerfect 100%,Tiada apa pun yang ada kecuali udara 100% yang mempunyai oksigan dan hidrojan sahaja.

Aku pernah mengikuti satu ceramah tentang mengemas rumah,Kata pakar motivasi yang memberi ceramah dalam siri ceramah nya menasihatkan kapada para isteri supaya  jangan terlalu bersih apabila mengemas rumah,perlu diselerakkan sikit supaya suami dan anak2 tak terasa terkongkong dalam rumah sendiri.Rupa2nya dalam hidup kita tak perlu sangat kapada sempurna kerana kesempurnaan tak dapat juga membawa kapada kebahagiaan.

Ada orang mengatakan cerminan hati seseorang bergantung kapada cara hidupnya,Kalau seseorang itu pembersih maka baik lah hati budi nya,Adakah ianya memang macam tu? Bagi aku tak lah macam tu.Ibarat kata jauh panggang dari api. Bagi aku kebahagiaan adalah sejauh mana kita dapat menjalani hidup dengan selasa dan senang,Tidak semestinya dengan apa yang kita fikirkan bolih mendatangkan senang,Senang itu adalah sejauh mana kita dapat menjalani nya dengan keselesaan.

Tapi itu hanya lah pendapat aku yang miskin dan tinggal dikampung,Pendapat mereka yang kaya dan tinggal dibandar mungkin amat berlainan sekali.Orang yang tinggal dibandar dan mendiami rumah persis istana tentu lah pendapat mereka amat jauh bezanya.Walau apa pun pendapat yang ada,, sama ada yang kaya atau miskin,yang tinggal dibandar atau pun kampung  tujuan hanya lah satu sahaja iaitu semuanya menuju MATI.sekian hehehe......               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan