Sabtu, 1 Oktober 2011

citarasa

CITARASA
Sebenar nya aku tak tau apa yang aku nak tulis tentang tajuk ni,Walau macam mana pun yang aku nak maksudkan adalah keberuntungan,Keberuntungan kita tentang mudahnya mendapatkan makanan,Persoalannya adakah benar kita ni beruntung atau pun kita tak merasa orang lain atau tempat lain yang lebih beruntung,jadi kita tentu mengatakan kita pun beruntung.Dari satu sudut memang kita benar2 beruntung,Bagi setengah tempat  untuk mendapatkan makanan tak lah payah sangat terutama penduduk kampung,asalkan bergerak dan berusaha sedikit pasti akan berhasil dan kenyataan ini disokong oleh golongan pendatang yang ada kat kampung2.Kenyataan itu memberi kredit bahawa memang kita benar2 beruntung betapa senang untuk memperolehi makanan.




Mungkin statement kat atas tu sesuai untuk penduduk kampung je,kalau penduduk bandar lain pulak pendapat dan cita rasanya ,Aku pernah mendengar satu perbualan orang bandar yang menghina makanan penduduk kampung,Perbualan mereka berkisar tentang ulam ulaman yang dimakan oleh penduduk kampung,Tapi perbualan tadi aku kutip disekitar tahun 80an,Sekarang telah terjadi kesamarataan antara penduduk bandar dan kampung,mungkin jugak bertambahnya pengajian dan kajian terhadap makanan tersebut,Dikatakan ulam ulaman ni banyak serat dan serat sangat diperlu oleh sistem badan.

Kadang2 aku terfikir jugak tentang makanan ni,kita kadang terikut2 dengan keadaan semasa atau publisiti.Kalau publisiti mengatakan satu makanan tu bagus maka berduyun lah orang menjadi pembelinya,Padahal dimasa yang lain makanan tersebut bukan lah makanan yang terbaik,Contoh yang paling mudah adalah telur,Disatu masa yang lalu dikatakan telur lah makanan yang terbaik,beberapa era kamudiannya telur dah jadi makanan yang kurang baik disebabkan terlalu banyak kolesterol dan unsur2 yang lain lagi  yang kurang baik untuk badan.

 Selepas itu kita diberitahu susu pula yang terbaik dan memang tak dinafikan sebab ia disokong dgn ayat2 ALLAH yang maha mulia..


Yang menjadi pilihan hangat oleh setengah  orang adalah makanan segera,Makanan ini dikatakan tak berkhasiat tapi sangat dikejar oleh setengah orang terutamanya penduduk bandar,Mungkin ketandusan masa menyebabkan hal ini terjadi.


Kita telah diberitahu makanan segera ni sangat diragui status halal haramnya dan kini tersebar video cara2 pembuatan salah satu bahan makanan ni yang amat menjijikan,tapi kapada pengemar2 makanan segera, hal ini tak diambil hirau sangat.
Bagi aku bab makanan ni yang perlu diperhatikan adalah status halal haramnya,cara pembuatannya dan sumber diperolehi.Sumber diperolehi meliputi kerja yang dilakukan untuk mendapatkan makanan tersebut,samaada menipukah atau pun mencuri atau yang seangkatan dengan nya. Selain dari tu aku rasa tak payah lah diperhati sangat samaada yang kita makan tu banyak kolesterol atau berminyak dan sebagainya,Tapi untuk kesejateraan diri mungkin kita kena perhatikan sikit darinya.Bagi aku yang amat penting adalah makanan tu halal ke tak,Bagi aku kalau makanan tak halal dia akan membawa akibat yang sangat buruk kapada yang memakannya.Setidak2nya diAkhirat, itu salah satu yang akan ditanya.

Jadi keberuntungan yang kita dapat mesti mengikut lunas2 yang telah ditetapkan oleh ugama.Jangan lah kerana senangnya kita untuk mendapatkan makanan, kita tak kira halal haram lagi.

wallahualam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan