Sabtu, 29 Oktober 2011

bola..



 Penangan bola sepak sesuatu yang amat luar biasa.Pada akhir bolasepak piala malaysia antara terengganu lawan negeri sembilan, aku dapati penyokong2 terengganu begitu ghairah,Aku berjalan lebih dari 30km untuk melihat suasana yang luarbiasa ini dan memang aku dapati sangat luarbiasa.Dikebanyakan tempat samada dikampung pekan kecil memasang skrin besar mereka dengan peminat yang ramai,masing2 dengan gaya dan cara mereka sendiri.Aku dengar khabar sebuah stesen radio mengada ulasan langsung perlawanan tersebut jadi aku selamba je dengar perlawanan tersebut diradio,Pukul 8.30 malam aku dapati jalan2 disekitar pekan kecil aku dah tak ada kederaan yang bergerak,semua nya berhenti sejenak untuk mengikuti pelawanan yang mendebarkan.Kebanyakan kedai makan dipenuhi dengan pelangan,penuh sesak.Aku rasa lebih 80% kederaan tak ada dijalan raya.

Aku macam biasa je selamba,tak hirau sangat tentang perlawanan tu,bukan aku tak patriotik,tapi tak nak jadi mabuk dengan benda2 yang macam tu lagi pun hujan turun dengan lebat di hulu terengganu.Yang aku nak cari tempat yang agar terpencil dari keributan sokongan peminat terengganu.Last nya aku temui sebuah kedai yang ada 6orang je pelangan dan juga peminat terengganu.Walau pun hanya 6 orang,sorakan memang membingitkan,bayangkan kedai2 atau tempat makan yang ada beratus orang peminat,meja pun bolih pecah kalau dah macam tu,Dan ternyata lah dengan kekalahan terengganu kapada negeri sembilan 1-2 menyebabkan peminat terengganu bermuka tikus,Tp aku harap muka tikus tu simpan jauh2,biar lah muka singa tu menyala2 walau pun kalah.Aku harap penyokong terengganu pulang dengan selamat dan tak ada kejadian yang tak di ingini berlaku,sekian wasalam.
Piala malaysia,Piala yang menjadi rebutan negeri2 dimalaysi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan