Ahad, 25 September 2011

kota bharu

MAKAN ANGIN
Sebenarnya tak ada benda yang aku nak blogkan,tak de ideal yang mari,Tiba2 aku ke kota bharu kelantan,jadi ada benda lah yang aku nak jadikan blog :)

Sebenarnya aku dah puluhan kali ke kota bharu ni,jadi seluruh pelusuknya  dah aku ketahui dan teliti,Kota bharu tak ada kurang dan hebat dari bandar2 lain kat malaysia ni.Kalau nak dikirakan sampah,longkang atau apa saja kelemahannya,maka kota bharu sama juga dengan bandar2 lain.
Pergi lah kemana bandar, masalah sampah serupa saja,mungkin ada yang lebih buruk lagi.

Yang paling hebat kat kota bharu ada melayunya,Melayunya menguasai banyak sektor terutamanya perniagaan,pergi kat mana2 pun mesti melayu yang kita akan jumpai dan sememang macam tu kerana penduduk kelantan majoriti nya lebih 90% adalah melayu.

KB MALL,yang menjadi contraversi sedikit masa dulu...

Ada orang kata walau macam mana hebat pun perniagaan melayu ia mesti bertitik tolak dari orang bukan melayu jugak.Bagi aku ini agak terlebih baik kalau nak dibanding dengan penguasaan yahudi keatas kebanyakan perniagaan diarab saudi terutama nya di mekah,kita tenguk abraij al bait menara jam yang tertinggi didunia yang ada dimekah,bukan kah yahudi yang penguasainya.perniagaan perhotelan bukan kah ia dikuasai oleh saudagar2 yahudi dan salah seorang nya bernama benjamin swiq.
ABRAIJ AL BAIT MEKAH, ARAB SAUDI..
Sekurang2nya melayu tak lah menjemput terus orang yahudi untuk membangunkan negerinya termasuk dikelantan,Jadi boleh lah dibangga jugak dengan pembangunan yang ada...
Ada juga bangunan yang tinggi yang boleh dibanggakan dan dimasa yang sama masih banyak dalam pembinaan.
Mengunjungi kota bharu,mesti kepasar siti khadijah,kalau dulu aku kurang faham jugak mengapa namanya mesti begitu,setelah datang dan lihat sendiri faham lah aku mengapa jadi begitu,Rupa2nya seperti yang didakwa sebelum ni adalah benar bahawa pasar ni memang majoriti perniaganya adalah perempuan,hiruk pikut dengan tawar menawarnya dengan segala macam benda di niagakan yang aku sendiri tak pernah menyangkanya.Aku memang tak suka kepasar tapi menjadi tabiat aku akan mengunjungi pasar mana2 tempat yang aku pergi, untuk merasa gerak nadinya,Kebiasaan aku hanyalah untuk melihat dan makan style anthony burdeen hehehehe...
Pasar yang tersangat luas sehinggakan menjadi keliru kapada mereka2yang tak biasa,Aku rasakan pasar ini dibina atas tapak yang luasnya  belasan ekar.Mungkin jugak menyamai marrakesh market,hehehehe,....
Ada orang kata negeri kelantan mempunyai awek yang(hehehehe) ramah tamah dan comel2 belaka,bagi aku benda tu karut 100%.Sebab apa yang aku tenguk ramai yang hodoh2, jarang2 terjumpa yang comel2 seperti didakwa .Pada hemat aku kat mana2 atas muka bumi ni mesti ada yang hodoh dan ada yang lawa,tak terkecuali walau kelaut khalzum sekali pun.Ada jugak orang kata awek2nya suka senyum2,hisssss,kalau lah macam tu tentu lah orang kata dah nak gila,kan kah kat mana2 pun serupa,kekekekeke....Memang lah benar bab ramah2 ni tapi kapada peniaganya sahaja sebab untuk melariskan jualan selepas kita membeli satu barangan  kita pun dibenci dan malas untuk tenguk muka kita lagi,hehehe..

Bunga yang aku tak pernah terpikir pun untuk djual rupanya ada dijual kat pasar ni..

Yang menarik perhatian aku beca roda 3,Dihias dengan secantik2nya untuk menarik pelangan,Dalam setengah jam aku perhati tak ada org yg melanggan,kesian aku tenguk.Tapi nak buat macammana itu lah kehidupannya.
Satu lagi perkara yang sangat menarik perhatian aku adalah cara pemakanannya,Pagi2 lagi dah makan nasi gulai kawah dan disetai oleh orang bukan islam,nmpk dari gaya mereka tak segan2 untuk makan dimasa itu,biasa nya gulai kawah dihidangkan dengan budu dan ulam ulaman serta ikan percik memang menyelerakan.
Setelah merewang2 tiga jam aku balik keterengganu setelah makan nasi gulai kawah dan sate setelah membeli dodol dan kueh akod yang rasanya lain dari dodol dan akod terengganu....
wassalam.

Ahad, 18 September 2011

barang mahal


Sejak akhir2 ini kita sering mendengar tentang harga barang mahal,segala benda mahal temasuk barang harian seperti ikan dan sayur,Aku tak hirau sangat harga barang ni sebab aku malas nak fikir benda2 yang remeh ni,Aku dapati kebanyakan orang terlalu sibuk dengan harga barang sehinggakan dalam akhbar dan internet, jadi aku turun padang pada hari ini 19hb 9 2011 untuk mengetahui harga sebenar barang2 harian.Setelah membeli dan bertanya harga barang2 ni semua,, tahu lah aku tentang harganya.Tapi barang harian ni cuma yg sangat biasa kat kampung2...Dan ini sahaja yang terdapat dalam van yang aku beli tadi......
 Ayam Rm9 1kg
 Ikan kembung Rm18 1kg
 Udang Rm18 1kg
 Ikan selayang Rm10 1kg
 Timun Rm2.50 1kg
 Sawi Rm4 1kg
 Tomato Rm4 1kg
 Labu sebiji Rm1.50
Aku tak tau harga barang yang aku senarai kan ni standard ke tak,,menepati standard antarabangsa  ke tak,tapi itu lah realiti nya,  Aku rasa kan harga tu biasa je,tak ada apa yang nak dihebuhkan.Semua barang harian yang aku senaraikan ni adalah standard kampung yang menjadi makanan harian kami orang2 kampung yang serba tak ada,Kalau lah ikan merah tak tau lah pulak berapa harganya,Kalau kat bandar orang tak makan barang2 yang aku senaraikan tu,mereka makan Mcd yang penuh contraversi tu,KFC dan tah hapa2 lagi yang aku sendiri tak pernah melihat dan tahu.Dikatakan barang harian yang aku senaraikan kat atas tu,barang primitif kapada orang bandar..


Untuk mengurangkan bebanan yang timbul kesan dari harga barang yang dikatakan mahal tu sepatutnya kita mencari altanatif yang lain salah satu darinya tanam sayur sendiri,kalau tak ada tanah,tanam saja dalam pasu,tapi usaha ini leceh sangat,lebih baik riba tangan je,tu yang paling mudah,hehehehe....

Isnin, 5 September 2011

kucing kurap

 Kebiasaan ramai dari kita makan dikedai kalau berjalan jauh atau bersiar2 biasa,Ramai jugak dari kita yang saja2 makan kat luar untuk mengubah selera,Biasanya makan dikedai, kita dapat memilih apa yang nak dimakan, sebab banyak pilihan.

Banyak perkara yang kita kena perhatikan bila nak masuk kesesebuah kedai,pada pandangan yang pertama, mungkin lah kedai tu sendiri, ok ke tak,Lepas tu kebersihan nya, dan mungkin jugak orang nya,kalau hudoh tak payah masuk,kita kena pilih kedai yang ada pelayan lawa2 je,kihkihkih...Walau macam mana pun kita kena bersangka baik je,Kalau kita tenguk pada pandangan umum yang pertama tu,kira ok je lah
Gambar hiasan
Ada sesetengah orang langsung tak makan dikedai kerana khuatir akan kebesihan nya,(mungkin nak save bajet atau pun kedekut)hehehehe..:)

Mungkin jugak  yang dikhuatirkan tu ada kemungkinan nya, sebab aku pernah dengar dari cerita2 yang dibawa dari mulut kemulut, tuan punya kedai membuat sesuatu yang luar dari sepatutnya sebagai contoh air kumur dimasuk kedalam bekas masak air,ada jugak yang kata seluar dalam direbus bersama air rebusan.
Kalau tak ada kucing memang selesa.

.
Dalam bab2 seperti ini aku teringat cerita senario the movie,dalam satu adegan pembuat roti canai telah memasukkan kahaknya sendiri kedalam roti canai yang nak dibakar,kalau nak diikut tentu lah ada asas cerita2 yang telah disampai dari mulut kemulut tadi,Kalau nak dicerita tentang hal yang seperti ini banyak lagi yang aku dengar dan tak tergamak nak taip kat sini.:(

Ada sesetengah kedai guna bomoh,jampi serapah dan lain2 lagi,Kesemua perbuatan yang diatas semata2 nak melariskan jualan dan sesungguhnya segala perbuatan yang diatas adalah syirik dan dosa syirik tak akan diampun oleh ALLAH.. 
Semua perkara yang tak bertanggung jawab adalah semata2 mengikut jalan yang ditunjuk olih syaitan,Perniagaan adalah satu kerja yang sangat mulia dan nabi kita Muhammad SAW seorang perniaga yang amat berjaya.Olih itu kalau kita hendak berjaya ikut lah cara2 yang dilakukan olih beliau.

Salah satu perkara yang aku tak suka dan aku sering memerhatikan bila masuk kedai makan adalah kucing,kehadiran kucing dikedai2 makan sangat mencemarkan permandangan dan terasa kotor lebih2 lagi kucing kurap.Kebanyakan kedai2 biasa ditepi2 jalan kehadiran kucing ini tidak dihirau olih tuan punya kedai atau warung.Sebenarnya ada nya kucing terbiar ni akan menjejaskan perniagaan.Hal in adalah mutlak tak ada dakwa dakwi lagi.Aku sendiri dengan mengada2nya menasihatkan tuan kedai supaya kucing ni dibuang ketempat yang sepatutnya

Aku pernah dengar seorang pemanggil dari siaran radio,beliau tak kan masuk kedai yang ada kucing,Bagi pemanggil tersebut kucing tak perlu ada dikedai sama ada kucing2 ni bersih atau pun tak. Aku sendiri pernah diganggu olih kucing2 yang seperti ini bila aku nak makan ,Kucing yang comot dan kotor ini melompat terus kemeja makan aku untuk merebut makanan,tapi untuk kesejahteraan semua,pelanggan dan pekedai aku buat cool je,buat tak kisah..

Walau macam mana pun kehadiran kucing2 ni salah pelangan jugak,sebab ada pelangan yang bagi makan kat kucing2 ni,perbuatan yang serupa ini menyebabkan kucing akan kekal ditempat tersebut,Aku harap perniaga2 perhatikan hal ini dan mengambil tindak yang sewajarnya.....

Ahad, 4 September 2011

jem jem jem

Setiap kali hariraya mesti berlaku kesesakan jalan raya.kesesakannya amat teruk sehingga kederaan tak dapat bergerak langsung,ditambah pula dengan sikap pemandu yang tak bertimbangrasa maka kesesakan menjadi lebih teruk lagi.

Ada beberapa sebab terjadi kesesakan jalan raya,
1)PERSIMPANGAN,Persimpangan merupakan salah satu dari penyumbang kapada kesesakan jalan raya,Kederaan biasanya akan bergerak lambat bila ada persimpangan menyebabkan aliran traffik tak lancar menyebabkan terjadi nya longokkan kederaan dibelakang.
2)LAMPU ISYARAT,Lampu isyarat juga penyumbang terbesar kapada kesesakan,Kederaan biasanya akan berhenti bila lampu merah menyala,Dalam beberapa minit itu menyebabkan kederaan dah beratus buah akan berbaris menunggu turn,Bayangkan kalau disimpang empat untuk menanti giliran akan terjadi barisan yang panjang dieempat2 laluan,Dan untuk menghabiskan di keempat2 laluan mengambil masa yang panjang dan dimasa yang sama aliran tak berhenti pada jangka masa yang lama. Untuk menghabiskan semua sekali mungkin hingga larut malam.
Untuk melancarkan perjalanan,biasa nya polis traffik akan memainkan peranan dilaluan tersebut,Pada fikiran aku cara2 yang ada sekarang sudah primitif,tak bolih pakai dah,Pada pandangan aku dikesemua simpang yang sibuk sepatutnya kerajaan mesti membuat persimpangan bertinggkat kesemua arah,Perjalanan kederaan akan jadi selancar2nya..Untuk membuat projek yg seperti ini kos nya tentu lah besar dan kerajaan jangan nak mengada2 kata tak ada peruntukan kerana rakyat sedia membantu pada bila2 masa dan saat,sebaliknya kerajaan yang tak mampu nak bantu rakyat nya yang susah,Dulu kini dan selamanya kerajaan memang tak mampu untuk membantu rakyatnya,Bab seperti ini kerajaan sesekali jangan bercakap besar..Hal cincin yang harga berjuta2 tu pun rakyat yang bantu..

3)JALAN ROSAK,Jalan rosak ini biasanya berkait rapat dengan membaiki jalan.Membaiki jalan
 menjadikan jalan sempit dan aliran menjadi amat lambat.Ditambah pulak dengan papan tanda yang bersepah dan longgokan tanah dan lubang2....


4)PERONDA POLIS DAN JPJ,SEKATAN JALANRAYA,Kereta polis juga bolih membawa kpd kesesakan,Aku sendiri alami hal ini,biasanya peronda akan memandu perlahan walau dimana2 tempat terlebih2 lagi dijalan berkembar,Mereka akan memandu disekitar 40km sejam walaupun kawasan itu had laju ditetapkkan 80km,Mereka akan menunjukan gong dan sombong mereka,Pada fikiran aku mereka berbuat begitu semata2 untuk menyaman mereka yang memotong digarisan tersebut,Biasanya tiada siapa pun akan memotong maka akan terjadilah kesesakan jalan raya akibat dari tindakan tak bertangung jawab polis2 tersebut,

Tapi pada hari raya tahun ini aku dapati tak ada sebuah pun peronda yang berbuat begitu, mereka semua bergerak dengan laju malah mereka sendiri mengalakan supaya kita memandu laju terutama dipersimpangan yang mereka kawal lalu lintas,dimasa itu polis2 ni akan marah kpd kita kalau kita memandu terhegeh2,hehehehehe,sekalong tahniah diucapkan dengan sikap tersebut..Itu merupakan permerhatian aku setelah membuat perjalanan lebih kurang 1500km pada hari raya tahun ini...


5)KEMALANGAN JALAN RAYA,Kemalangan jlnraya juga merupakan penyumbang kpd kesesakan jln raya,Perhatilah dimana2 tempat biasanya akan terjadi begitu..Traffik biasanya tak bergerak langsung ditempat2 seperti ini.Pada 2hb 9 baru2 ni telah terjadi kemalangan dilebuhraya jerangau jabor,kederaan yg nak kekuantan dan kuala lumpur terpaksa mengunakan jalan pantai untuk meneruskan perjalanan dan aliran yang semacam ini biasa nya akan menyebabkan kesesakan yang lagi teruk dilaluan tersebut...

6)Sebenarnya sebab2 yang diatas cuma sebab2 kecil sahaja,Sebab yang lebih besar adalah limpahan kederaan tu sendiri,Kalau lah tak ada kederaan yang mengunakan jalanraya maka tak terjadi lah kesesakan,Itu lah sebab2 yang sebenar2nya,hehehehe..Cuba kita fikirkan kalau tak ada kederaan yang lalu atas jalan raya mana mungkin terjadinya hal tersebut,Jadi untuk mengelakan kesesakan jalan raya harap kita jangan mengunakan jalanraya,kih kih kih kih kih....


Dihari raya tahun ini aku mengalami sendiri kesesakan tersebut,Aku rasakan kesesakan tahun ini sudah melampau sangat,Bayangkan kita terpaksa memandu sejauh lebih 100km dalam kesesakan yang amat teruk,Masa yang aku ambil untuk melepasi 100km sekitar 5jam sedangkan pada kebiasaan nya kita mengambil masa 1jam sahaja untuk melepasi pada jarak tersebut.Pada pandangan aku kesesakan ini tak dapat diselesaikan kalau tak ada tindakan yg sewajarnya olih pihak berkuasa,sekian..

Sabtu, 3 September 2011

batu bersurat

Assalamualaikum.
Aku dah beratus kali melalui jalan yang terletak batu bersurat ni,Tapi tak terlintas langsung untuk singgah,Tapi pada suatu petang entah macam mana aku tersinggah di memorial ni,Sebenar nya aku langsung tak ingin untuk singgah sebab aku seolah2 pergi mengadap batu yang mati dan aku bimbang jugak macam terjadi seperti satu penyembahan.Tapi pada hari raya yang ini aku telah pergi beraya kerumah saudara yang lama aku tak kunjungi,maka tersinggahlah aku nak melihatnya.

Pada aku tak perlu kita menwar-warkan hasil penemuan ni dan apa yang tertulis dibatu mati ni,yang amat perlu kita ikut apa yang tertulis dibatu tersebut.Kadang2 aku rasakan kita nak ambil kesempatan sahaja dengan apa yang kita dapati bukan nya nak memenuhi apa tuntutan dibatu tersebut.Malah kita nak berbangga2 tak tentu pasal.Konon nya batu yang bertarikh seperti itu yang terawal dijumpai dinegara kita,Terawal ke atau tak dijumpai langsung ke, bagi aku itu langsung tak penting yang penting adalah pengisian apa yang tertulis dibatu tersebut,sebab  dibatu tersebut tertulis peraturan2 islam yang diturunkan kapada penganutnya...
papan tanda ni dah lama tak dicat,nampak sangat seperti tak dihirau..

Kalau dari jauh rasa semacam pulak.

KETERANGAN MEMORIAL.
Memorial ini didirikan berhampiran dengan tapak asal penemuan batu bersurat terengganu.Pembinaannya adalah bertujuan memperingati penemuan batu bersurat oleh orang kampung pada tahun 1887.Ada juga yang mengatakan bahawa batu bersurat ditemui oleh seorang pedagang arab bernama said husain ghulam al bokhari yang datang dari pulau riau Indonesia pada tahun 1902.Batu bersurat  ketika ditemui dikatakan telah dijadikan sebagai pengalas kaki untuk naik kesurau,Tulisan yang terpahat dibatu bersurat merupakan pengisytiharan undang-undang islamyang ditujukan kapada pemerintah dan kapada rakyat negeri terengganu pada kurun ke empatbelas masihi.Dengan penemuan batu bersurat ini jelas membuktikan bahawa ugama islam telah berkembang dinegeri terengganu ini dan menjadi ugama rasmi negeri ini pada tarikh tersebut.Walaupun tulisan batu bersurat bertarikh 1303 masihi,ada kemungkinan bahawa agama islam telah tersebar dinegeri ini lebih awal iaitu satu dua abad sebelumnya.Tulisan pada batu bersurat ini dipercayai yang tertua pernah ditemui dinegara ini.Bahasanya merupakan percampuran diantara bahasa melayu lama,sanskrit dan arab.Memorial ini direka bentuk empat segi berukuran 11400mm x 11400mm dan bertingkat tiga belas.Ia telah dibina pada bulan oktober 1989 dan siap pada tahun 1990 diatas lot tanah seluas 6.12 ekar.Memorial ini telah dirasmikan oleh YAB dato sri diraja tan sri wan mokhtar ahmad menteri besar terengganu pada 13hb april 1992...............................................
rupa memorial..
replika batu bersurat..
muka depan
dibelakang batu bersurat
disisi
disisi.
Dibatu bersurat ini sangat jelas peraturan2 islam yang wajib dilaksana kan kapada pemerintah yang mendakwa dirinya islam,bukan sekadar perhiasan untuk menarik pelancung untuk mengunjungi tempat ini..wallahuaklam..

Jumaat, 2 September 2011

meminang

Assalamualaikum,
Dalam masa dua hari ni aku terpaksa hadirkan diri didua majlis perminangan dan satu majlis akad nikah dan ianya satu majlis yang sangat2 aku tak suka,Entah mengapa jadi begitu , aku sendiri pun tak tau.Kalau majlis kawin tak terkira banyak nya.Ada yang aku hadir ada yang tak kerana satu2 majlis itu bertindan tarikh nya.Nak pergi kehilir,dihulu pulak terlepas begitu lah sebaliknya, lagi pun satu2 majlis itu jauh tempatnya,jadi kehadiran kita bergantung atas kesesuaian dan keakraban.

 Dalam hidup seseorang mempunyai orang yang menyukai kita dan ramai jugak yang membenci kita.Itu merupakan kebiasaan kapada setiap orang.Hal ini langsung tak pelik kerana ramai diantara manusia yang membenci nabi2 dan rasul ALLAH,malah ALLAH sendiri pun manusia membencinya,Jadi siapa lah kita untuk menyuruh semua manusia menyukai kita kita.

Dalam hal urusan peminangan yang aku terpaksa hadir ni pun sikap sedemikian lah yang terjadi.,Aku sebenarnya diajak olih kawan baik ku untuk mengikuti rombongan dalam urusan peminangan anak mereka dan sememang nya aku tak mampu untuk menolaknya.

 Majlis pertama pada 1hb9 2011 aku kena hadir dirompin pahang dikampung felda selendang,jauh  dari kampung aku 331km,memakan masa sehari suntuk untuk diselesaikan.dengan perjalanan 4jam pergi dan 4jam balek dan diantara masa2 itu adalah majlis, bersiar2 serta bergambar, tapi tak ada sekeping haram pun gambar aku kerana asyik mengambil gambar orang lain sahaja.

Pada aku majlis itu cukup gilang gemilang, setaraf dengan kedudukan masing2,kata orang, miskin dengan cara nya dan kaya dengan cara2nya.


Bakal pengantin ini bergambar dimajlis pertunangan mereka,kedua2nya sama lawa dan sama padan.Kadang2 tertanya2 jugak aku mengapa lah cari jodoh sebegitu jauh sekali tak ada kah yang dekat ditepi2 rumah kita sahaja tapi itu lah dikatakan jodoh pertemuan hanya tuhan yang tentukan.
Pada 2hb 9 aku jugak dipaksa hadir dimajlis pertunangan anak kawan ku, cuma majlis itu diadakan dikampung aku sendiri,tapi kehadiran aku itu bukan lah mewakili orang kampung ku tetapi aku datang bersama rombongan sebelah lelaki dari kuala terengganu.Yang menjadi sedikit kehairanan kapada kawan2 sekampung macam mana aku boleh hadir bersama rombongan sebelah lelaki.sedangkan rombongan lelaki bukan lah orang koman seperti aku.Bakal pengantin lelaki berkerja pegawai besar dipetronas,dan ayah bakal pengantin bukan lah seorang yang koman jugak dan petronas sebuah syarikat yang amat terkenal didunia dan kedatangan aku itu tak padan dengan saiz.Tapi itu lah berkawan tak megenal batas sebenarnya.....
Bertudung kuning itu lah bunga dikampung ku yang sudah disunting.Lawa dan cantik sekali,ibarat embun pagi yang sedang menitis.
Majlis akad nikah ini telah dilaksanakan di bukit payung kuala terengganu pada 31hb 8 pukul 10 mlm.Pengatin lelaki dari tanah merah kelantan telah ditemukan jodoh dengan pasangan nya dari bukit payung,marang terengganu dan kehadiran aku itu pun kerana kawan..

Dimajlis2 seperti diatas aku sangat tak suka untuk menghadirinya tapi apa yang kita tak suka itu tak semestinya membawa  keresahan kapada kita,rupa2nya dia boleh membawa sesuatu yang sangat mengembirakan kita,Aku telah diangkat menjadi jurufoto dan ditugaskan mengambil gambar sebanyak yang mungkin.

Semuga semua mereka diatas mendapat keredaan ALLAH.sekian.