Rabu, 10 Ogos 2011

lagi-lagi jalan rosak

 LAGI-LAGI JALAN ROSAK
 Assalam,Tujuan aku menulis bukan lah nak memburukkan sesiapa,kadang-kadang memang terasa sakit hati bila benda yang sepatutnya mudah untuk diselesaikan tidak dapat dibuat.Yang aku ingin utarakan benda yang terlalu simple dan sangat-sangat mudah.Jalan rosak dan berlubang teruk...
 Jalan ni terletak didalam bandar ditempat aku,Yang aku ketahui status jalan ni dalam proses pembinaan untuk diganti dengan jalan yang terlebih baik,Bagi aku sementara hendak dibina dengan yang baik sepatutnya dibaiki dahulu yang sedia ada,

Lubang besar yang terjadi mengakibatkan banyak kederaan yang jatuh  kedalam nya,Aku tenguk ramai juga yang mengeleng kepala.Masa aku ambik pic ni ramai benar yang terjatuh kedalam nya,Aku sengeh je,Ramai juga pemandu yang bagi sokongan kat aku,Salah satu yang jatuh tu kederaan polis,Tapi aku peduli apa,Lubang tu besar sangat,tak nampak sebab air yang bertakung,Bergegar jugak kereta walau pun dibawa perlahan,Ditempat tu memang tak ada pemandu yg gila nak bawa laju2 sebab tempat tu sempit sangat,Ditempat ni sangat mustahil kalau pihak berkuasa tak tau sebab ianya terletak betul2 didepan pejabat penerangan daerah.

Kesimpulannya,harap pihak berkuasa dapat tampal lah jalan ni,Bukan payah sangat pun,Kalau nak lagi mudah harap JKKK kat situ beli je simen 2 bag,lepas tu kacau ramai2,habis masalah......:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan